KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 3,573 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,758,086.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 34 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,462 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.


Setakat ini, 269 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 163 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,988 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,685,378.

Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.5 peratus atau 3,521 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.5 peratus atau bersamaan 52 kes.

Dalam pada itu, lima kluster baharu turut dikesan dengan 217 kluster masih lagi aktif sementara 5,911 kluster telah diisytiharkan tamat.