awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2021
10:57 MYT
COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan kes harian paling tinggi COVID-19 apabila sejumlah 4,029 kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 4,021 merupakan kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.
Dengan pertambahan itu, ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus).
"Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus)," memetik kenyataan yang dikeluarkan Dr Noor Hisham.
Sementara itu, lapan lagi kematian direkodkan dengan 2,148 pula pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu.
[INFOGRAFIK] Ketahui siapa anda dalam rantaian COVID-19
[INFOGRAFIK] Langkah-langkah komprehensif cegah COVID-19
BACA: COVID-19: Enam lagi kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam
Ketahui segalanya tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) DI SINI.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan