awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Kebangkitan lewat Sabah FC gagal sekat kemenangan Kelantan TRW
Republikan ikrar tahan Bill Clinton atas tuduhan menghina Kongres
Pendakwa raya tuntut hukuman mati terhadap bekas presiden Korea Selatan, Yoon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 47 lagi kes kematian, keseluruhan 29,202

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2021
02:38 MYT
COVID-19: 47 lagi kes kematian, keseluruhan 29,202
4 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 47 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,202 kes, daripada 2.49 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 4 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.
Sementara itu, terdapat 66,240 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 51,406 individu atau 77.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,698 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,587 kes dirawat di hospital dan 549 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 267 pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 282 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#COVIDNOW
#kes kematian
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan