KUALA LUMPUR: Negara mencatat 5,143 kes jangkitan baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu, sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini adalah 2,551,452.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan 45 korban.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,676 daripada 2,551,452 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Jumlah itu juga termasuk 12 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Sementara itu, unit rawatan rapi (ICU) setakat ini pula menempatkan seramai 526 pesakit dan daripada jumlah itu, 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 4,551 kes sekali gus menjadikan angka kumulatif sembuh ialah 2,455,767.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 97.6 peratus.

Manakala selebihnya, 2.4 peratus atau bersamaan 126 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Selain itu, tiga kluster baharu turut direkodkan hari ini dengan 5,593 kluster ditamatkan.

250 kluster akitf turut direkodkan sehingga Isnin dengan jumlah keseluruhan kluster sehingga kini ialah 5,843.