Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 52 kematian baharu direkod, 15 BID

41630761208_950x600.jpg
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 52 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,717 orang, daripada 4.07 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 15 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 269,389 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 262,122 individu atau 97.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,266 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 5,710 kes dirawat di hospital dan 291 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 188 lagi memerlukan mesin ventilator.




Must Watch Video

Advertisement