KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal di bawah 1,000 kes untuk 13 hari berturut-turut.

Semalam, jumlah kes turun ke 583 berbanding 679 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut maklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif pada Jumaat juga terus turun ke 12,322.

Daripada jumlah itu, 11,653 kes atau 94.6  peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 637 pesakit mendapat rawatan di hospital.

32 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 930 kes sembuh.