awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 77 kematian baharu dicatat - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Fareez Azman
22/06/2021
11:58 MYT
COVID-19: 77 kematian baharu dicatat - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, tujuh kematian melibatkan bukan warganegara dan selebihnya adalah rakyat tempatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 77 kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,554 orang.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh kematian melibatkan bukan warganegara dan selebihnya adalah rakyat tempatan.
"Sebanyak 77 kes kematian (direkodkan) pada hari ini yang melibatkan 32 kes di Selangor, 12 kes di Negeri Sembilan, lapan kes di Johor, tujuh kes di Sarawak, lima kes di Kuala Lumpur dan empat kes di Melaka.
"Selain itu, masing-masing tiga kes di Sabah dan Labuan, serta masingmasing satu kes di Pahang, Perlis, dan Terengganu," jelasnya dalam kenyataan media pada Selasa.
Dalam pada itu, katanya seramai 875 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 445 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau berkata, jumlah kes aktif di negara ini pula melonjak kepada 62,027 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kematian
#ICU
#rakyat tempatan
#bukan warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan