KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua daripadanya di kesan di Lahad Datu, Sabah, dua lagi di Johor Baharu, Johor sementara yang lain di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jelas beliau, lapan daripada kluster-kluster tersebut merupakan kluster tempat kerja.

Berikut adalah kluster-kluster baharu yang dikeluarkan oleh pihak KKM pada Ahad:

1. Kluster Jalan Sebelas.

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja kilang di Seri Kembangan, Selangor. 83 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. Kluster Bukit Emas

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Jempol di Negeri Sembilan. Kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah institusi awam yang terletak di Bukit Emas, Seremban. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19.

3. Kluster Tapak Bina Sri Petaling

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia melibatkan tapak binaan yang terletak di Sri Petaling dan sebanyak 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. Kluster Tembok Taiping

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di Taiping, Perak. 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. Kluster Ladang Segama

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Sebanyak enam (6) kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021.Sehingga Ahad, 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. Kluster Jalan Segama

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-166911) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021. 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. Kluster Keluli Tujuh

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. melibatkan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. Kluster Tapak Bina Flora

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia membabitkan pekerja tapak binaan di Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya.13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. Kluster Jalan Tengar

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Ia membabitkan tempat kerja melibatkan sebuah kilang di Jalan Tengar, Pasir Gudang. Sejumlah 95 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

BACA: COVID-19: 3,346 kes baharu, 4,427 kes sembuh dicatatkan