awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/03/2020
04:59 MYT
COVID-19: Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif
UDA Holdings berkata, individu yang disahkan positif COVID-19 telah dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.
Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA) disahkan positif COVID-19.
Syarikat tersebut menerusi satu kenyataan di laman Facebook berkata, individu tersebut telah menjalani ujian pengesanan dan dilaporkan positif, baru-baru ini.
UDA Holdings juga berkata, individu berkenaan telah dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.
“UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit.
“UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.
“Dalam masa yang sama, pihak pengurusan UDA turut komited menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi penularan kes ini khususnya dalam kalangan warga kerja UDA,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. BACA: Kakitangan Khazanah positif COVID-19
BACA: Indonesia catat kes pertama COVID-19
Pihak UDA juga berkata langkah pencegahan turut diperkemaskan di UDA termasuk di bahagian anak syarikat seperti AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AHKL) bagi mengatasi penularan wabak berkenaan.
Tegas pihak pengurusan UDA, tiada kes dilaporkan di hotel berkenaan yang membabitkan in-house guest dan perniagaan berjalan seperti biasa.
“Pihak AHKL juga telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan menggunakan garis panduan (SOP) KKM untuk menjalankan kerja pembersihan di seluruh kawasan hotel,” tambahnya.
Pihak UDA dan AHKL juga akan terus mengamalkan langkah proaktif itu dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#ahli lembaga pengarah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#koronavirus
#UDA
#UDA Holdings Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan