awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Arahan tutup sekolah untuk kekang wabak - Masidi

Bernama
Bernama
29/01/2022
20:15 MYT
COVID-19: Arahan tutup sekolah untuk kekang wabak - Masidi
Masidi berkata setakat ini, Sabah merekodkan sebanyak 10 kluster melibatkan penularan jangkitan dalam institusi pendidikan sejak minggu lepas. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Sabah mengarahkan penutupan sekolah yang diisytiharkan sebagai pencetus kluster COVID-19, bertujuan melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada dijangkiti wabak berkenaan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata keputusan itu juga untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat dibendung, supaya tidak merebak ke kawasan lain.
"Tindakan drastik ini juga adalah peringatan kepada semua pengurusan sekolah termasuk guru-guru, murid-murid dan ibu bapa, agar mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan ke atas murid-murid dan guru-guru sekolah.
"Semua prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja atau sekolah hendaklah dikuatkuasakan secara ketat," kata jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 itu dalam kenyataan, malam tadi.
Semalam, kerajaan Sabah mengarahkan semua sekolah yang terlibat dengan kluster COVID-19 ditutup serta merta, antara dua hingga tiga minggu tertakluk kepada kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri, bagi mengekang penyebaran pandemik itu terutama dalam kalangan pelajar.
Bagaimanapun, sesi pembelajaran bagi semua pelajar sekolah yang akan menghadapi peperiksaan utama boleh diteruskan dengan pematuhan SOP ketat, dalam kalangan pelajar termasuk guru dan kakitangan institusi pendidikan terbabit.
Setakat ini, Sabah merekodkan sebanyak 10 kluster melibatkan penularan jangkitan dalam institusi pendidikan sejak minggu lepas.
Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 267 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah meningkat kepada 247,379 kes.
Beliau berkata seramai 202 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, menjadikan jumlah kumulatif 238,900 orang; manakala 775 pesakit sedang menerima rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#Kluster Pendidikan
#tutup sekolah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan