MALAYSIA
COVID-19: Dua kluster baharu dikesan, libatkan Selangor dan P. Pinang

Dua kluster tersebut ialah Kluster Usaha di Selangor dan Kluster Tembaga di Pulau Pinang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti dua lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tersebut ialah Kluster Usaha di Selangor dan Kluster Tembaga di Pulau Pinang.
Kluster Usaha
- Membabitkan daerah Klang dan Petaling di Selangor.
- Sejumlah 25 individu telah disaring dan 17 didapati positif.
- Tiga masih menunggu keputusan.
Kluster Tembaga
- Mebabitkan daerah Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif hasil saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) pada 28 Oktober 2020.
- Sejumlah 69 individu telah disaring, dengan tujuh disahkan positif setakat ini.
- Seramai 49 individu masih menanti keputusan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami