awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua warga Malaysia antara 14 kes komuniti di Singapura

Bernama
Bernama
03/05/2021
05:17 MYT
COVID-19: Dua warga Malaysia antara 14 kes komuniti di Singapura
Setakat tengah hari semalam (Ahad), 39 kes baharu dilaporkan di Singapura yang 25 daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 61,218. - Gambar fail
SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia adalah antara 14 kes baharu COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di sini semalam, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, MOH memaklumkan kedua-duanya dikaitkan dengan kluster sedia ada di sini.
Kes pertama melibatkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 27 tahun yang bekerja sebagai ahli fisioterapi di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Menurut MOH wanita itu telah dikuarantin dan melakukan ujian COVID-19 pada 30 April.
"Keputusan ujiannya positif untuk jangkitan COVID-19 pada 1 Mei," menurut kenyataan itu.
Beliau dikaitkan dengan Kluster Kes 62541, seorang jururawat di TTSH yang disahkan dijangkiti COVID-19 pada 27 April.
Terdapat 27 kes yang dikaitkan dengan TTSH setakat ini.
Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pendandan rambut di Me To Do Studio, Woodlands Street 82.
Dilabelkan sebagai Kes 62760, MOH berkata keputusan ujiannya pada 2 Mei adalah positif manakala keputusan ujian serologinya adalah negatif.
Beliau dikaitkan dengan Kluster Kes 62553, melibatkan seorang wanita warga Vietnam berusia 39 tahun, pekerja pembersihan di kemudahan rawatan komuniti di Tuas South.
Setakat tengah hari semalam, 39 kes baharu dilaporkan di Singapura yang 25 daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 61,218.
Setakat ini terdapat sembilan kluster COVID-19 di republik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#kluster
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#pandemik
#Jangkitan tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan