awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Enggan divaksinasi sukarkan langkah buka semula masjid - Exco Selangor

Bernama
Bernama
22/09/2021
22:45 MYT
COVID-19: Enggan divaksinasi sukarkan langkah buka semula masjid - Exco Selangor
Dr Siti Mariah berkata sehingga Selasa masih ada ahli masjid yang tidak mahu divaksin menyebabkan kelulusan sepenuhnya untuk membuka semula masjid-masjid belum dapat dipenuhi. -Gambar fail
SHAH ALAM: Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud.
Beliau berkata sehingga Selasa masih ada ahli masjid yang tidak mahu divaksinasi menyebabkan kelulusan sepenuhnya untuk membuka semula masjid-masjid belum dapat dipenuhi.
"Perkara ini sudah pasti sangat menyedihkan, walaupun golongan yang menolak vaksin mengatakan perkara tersebut adalah hak mereka, hak majoriti juga perlu dilindungi.
"Saya rasa sudah cukuplah media sosial menguar-uarkan perkara yang tidak berasas (berkenaan vaksin dan COVID-19) yang telah menyebabkan banyak program tertunda," katanya pada sidang media pada Rabu.
Media hari ini melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hanya 20 peratus daripada 146 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah JAIS yang hadir program vaksinasi khas JAIS hari ini, bersetuju mendapatkan suntikan dos pertama.
Menurut Mohd Shahzihan, jumlah sebenar mereka yang diarahkan hadir dalam program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu adalah 872 orang.
Susulan itu, beliau berkata JAIS dijangka mempersembahkan senarai individu yang enggan menerima vaksin di bawah kelolaan pihaknya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Siti Mariah Mahmud
#enggan divaksinasi
#punca masjid ditutup
#JAIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan