awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hampir 105,000 pekerja asing telah disaring

Bernama
Bernama
11/01/2021
08:09 MYT
COVID-19: Hampir 105,000 pekerja asing telah disaring
Hampir 105,000 daripada 892,000 pekerja asing di negara ini telah menjalani ujian saringan COVID-19 setakat semalam, kata Perkeso. - Gambar fail/BERNAMA
RAUB:Hampir 105,000 daripada 892,000 pekerja asing di negara ini telah menjalani ujian saringan COVID-19 setakat semalam, kata Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Beliau berkata sebanyak 574 klinik telah dilantik di negeri-negeri zon merah bagi membolehkan pekerja asing di lokasi berkenaan menjalani ujian tersebut dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.
"Majikan yang masih belum menyaring pekerja asing mereka diminta berbuat demikian. Program ini berterusan dan kita harap kesemua pekerja asing disaring dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Misi Bantuan Prihatin Bantu Mangsa Banjir di sini hari ini.
Pada Disember lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Jan 2021 bagi menangani penularan pandemik itu dengan kos ujian ditanggung oleh majikan.
Terdahulu, Mohammed Azman menyampaikan bantuan kepada 65 keluarga melibatkan 217 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Serba guna Gali Hilir, di sini.
Menerusi program tanggungjawab sosial korporat Misi Bantuan Prihatin itu, mereka menerima bantuan wang tunai, makanan serta kelengkapan asas seperti pakaian, tuala dan sejadah.
"Misi bantuan yang pertama di Pahang ini turut melibatkan kira-kira 35 sukarelawan daripada kakitangan Perkeso untuk membantu mangsa banjir," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saringan
#perkeso
#pekerja asing
#COVID-19
#negeri zon merah
#M Saravanan
#ujian saringan
#swab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan