awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hanya 0.6 peratus daripada 18,762 kes baharu tergolong dalam Kategori 5

Eton Khir
Eton Khir
01/09/2021
12:27 MYT
COVID-19: Hanya 0.6 peratus daripada 18,762 kes baharu tergolong dalam Kategori 5
Sejumlah 119 kes atau 0.6 peratus daripada 18,762 kes harian yang dilaporkan hari ini melibatkan Kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 119 kes atau 0.6 peratus daripada 18,762 kes baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan Kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Seramai 51 pesakit atau 0.3 peratus pula berada dalam Kategori 4 yang melibatkan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, selain 160 kes atau (0.9) peratus Kategori 3 iaitu mengalami radang paru-paru.
18,762 kes Covid-19 pd 1hb September 2021): - Kategori 5 (kritikal, dgn ventilator): 119 kes, 0.6% (68.9% tiada vaksinasi)
- Kategori 4 (perlu oksigen): 51 kes, 0.3% (51.0% tiada vaksinasi) - Kategori 3 (radang paru-paru): 160 kes, 0.9% (47.5% tiada vaksinasi) pic.twitter.com/4I1EROK8ik
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 1, 2021
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 98.2 peratus atau 18,432 kes pula dalam Kategori 1 dan 2 iaitu pesakit yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
Sehingga 31 Ogos, sebanyak 64.2 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia sudah menerima vaksin.
Manakala, 8,640 kes (46.0 peratus) daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada Rabu tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
Dalam pada itu, sebanyak 42 kluster baharu dilaporkan dengan 22 daripadanya merupakan kluster tempat kerja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Kategori 5
#kritikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan