awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hanya 1.4 peratus daripada 24,599 kes babit kategori 5

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/08/2021
12:25 MYT
COVID-19: Hanya 1.4 peratus daripada 24,599 kes babit kategori 5
Seramai 118 pesakit atau 0.5 peratus berada dalam kategori 4 yang melibatkan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 345 kes atau 1.4 peratus daripada 24,599 kes harian yang dilaporkan hari ini melibatkan kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Seramai 118 pesakit atau 0.5 peratus pula berada dalam kategori 4 yang melibatkan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, selain 197 kes (0.8 peratus) kategori 3 iaitu mengalami radang paru-paru.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 97.3 peratus atau 23,939 kes pula dalam kategori 1 dan 2 iaitu pesakit yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
“Ini seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri.
“Sehingga 25 Ogos 2021, sebanyak 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia sudah menerima vaksin.
“Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelas KKM.
[TERKINI] Status terkini #COVID19 Malaysia setakat 26 Ogos 2021. Terus jaga diri anda, elak pergi ke kawasan yang sesak. Ikuti berita terkini di https://t.co/Ia2kVam8YD#HapusCOVID19 pic.twitter.com/gD8S7wXhgM
— Astro AWANI (@501Awani) August 26, 2021
Selain itu, Malaysia turut mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh sebulan yang lepas iaitu sebanyak 22,657 kes, hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#tidak serius
#Kategori 1
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan