awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Adventist P. Pinang ditutup dua hari

Bernama
Bernama
15/08/2020
10:43 MYT
COVID-19: Hospital Adventist P. Pinang ditutup dua hari
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hospital itu, hanya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan hospital berkenaan beroperasi seperti biasa. -Bernama
Hospital Adventist Pulau Pinang ditutup dua hari bermula hari ini, bagi tujuan pembersihan serta pembasmian kuman, berikutan terdapat pesakit yang hadir di situ telah dijangkiti COVID-19.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hospital itu, hanya Jabatan Kemalangan dan Kecemasan hospital berkenaan beroperasi seperti biasa.
"Tindakan ini diambil untuk menjamin keselamatan semua kakitangan, pesakit dan pengunjung kami," menurut kenyataan itu.
Media semalam melaporkan seorang pesakit wanita berusia 56 tahun yang dimasukkan ke hospital itu sejak 7 Ogos lepas kerana jangkitan luka pada kaki telah dikenal pasti merupakan kontak rapat kepada salah satu kes positif COVID-19 di Kedah oleh Jabatan Kesihatan Kedah pada 12 Ogos lalu.
Laporan itu menyebut, wanita warga tempatan itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan ujian yang dijalankan di HPP turut mendapati wanita itu positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Adventist
#Kedah
#kemalangan
#kes positif
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan