awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Melaka nafi wad ditutup, perkhidmatan terjejas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/10/2020
22:18 MYT
COVID-19: Hospital Melaka nafi wad ditutup, perkhidmatan terjejas
Pada Selasa, tular di aplikasi WhatsApp pada Selasa kononnya sebuah wad di Hospital Melaka terpaksa ditutup bagi menempatkan 11 kakitangan yang telah disahkan positif COVID-19. - Gambar fail
MELAKA:Hospital Melaka menafikan sebuah wad kononnya terpaksa ditutup sehingga menyebabkan perkhidmatan di hospital berkenaan terjejas seperti ditularkan semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ismail Ali berkata, sebaliknya perkhidmatan di hospital itu berjalan seperti biasa dengan pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan selain mengawal pergerakan di semua wad.
“Kenyataan mengenai terdapat 11 kakitangan Hospital Melaka dijangkiti COVID-19 dan dikuarantin sehingga terdapat wad terpaksa ditutup adalah tidak benar.
“Malah hanya lapan anggota perubatan disahkan positif wabak itu dan kini sedang menerima rawatan. Kontak rapat kepada mereka juga telah disaring dan dikuarantin di rumah, bukan di hospital,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp pada Selasa kononnya sebuah wad terpaksa ditutup bagi menempatkan 11 kakitangan yang telah disahkan positif COVID-19.
Mesej berkenaan turut mendakwa kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di Hospital Melaka yang merupakan hospital rujukan COVID-19 di negeri ini terjejas.
Mengulas lanjut, Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih.
“Untuk sebarang pertanyaan berhubung situasi semasa COVID-19 di negeri Melaka, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected],” tambahnya.
Sebelum ini, Pejabat Ketua Menteri Melaka turut mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu menafikan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Rentas Negeri bermula tengah malam tadi seperti ditularkan.
Topic Berkaitan
#Hospital Melaka
#nafi
#perkhidmatan terjejas
#SOP
#COVID-19
#wad
#kakitangan hospital
#Tular
#Ketua Menteri
#Ismail Ali
#pematuhan SOP
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan