awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat kepada 0.87, Putrajaya tertinggi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
11/10/2021
02:44 MYT
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat kepada 0.87, Putrajaya tertinggi
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Ahad meningkat sedikit kepada 0.87 berbanding 0.86 untuk empat hari sebelum ini - Foto/SinarHarian
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Ahad meningkat sedikit kepada 0.87.
Peningkatan ini selepas empat hari berturut-turut negara mencatatkan R-naught 0.86 sebelum ini.
Dalam infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.05.
ini diikuti Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur serta Kedah.
Sementara itu, Selangor, Perak, Sabah, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/2GtR6MF8zU
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 11, 2021
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#R-Naught
#purata kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan