KUALA LUMPUR: Individu yang positif COVID-19 dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) namun, harus melakukan pemantauan kesihatan kendiri dengan melengkapkan Peralatan Penilaian di Rumah (HAT) menerusi aplikasi MySejahtera.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebooknya hari ini berkata khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan daripada perkhidmatan rakaman suara automatik (panggilan robot) akan diterima jika mereka belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri secara harian.
Beliau berkata, individu yang positif bagi kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mengalami simptom yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC.
Kategori 1 COVID-19 ialah tiada gejala, kategori 2A COVID-19 iaitu sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas, batuk tanpa demam atau sesak nafas, hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan, hilang deria bau, cirit birit dua kali atau kurang dalam 24 jam, loya dan muntah, keletihan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian, sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian.
Sementara kategori 2B adalah individu yang mengalami demam berpanjangan dua hari dan lebih atau baru demam, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sakit dada, hilang selera makan, berasa letih terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun dari tidur, perlu berjalan dengan bantuan, gelaja semakin teruk (batuk,loya, muntah atau cirit birit), tahap kesedaran berkurangan dan juga semakin kurang kencing dalam masa 24 jam.
"Individu yang perlu menghadiri CAC terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi oleh CAC melalui SMS atau panggilan telefon.
"Tempoh pengasingan (pengasingan) bagi individu positif COVID-19 yang tidak bergejala dan telah selesai vaksinasi ialah tujuh hari, manakala tempoh pengasingan bagi individu positif COVID-19, vaksinasi bergejala dan tidak lengkap atau tiada vaksin adalah selama 10 hari," katanya.
Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan termasuk Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau jika bergejala dan dapatkan ujian COVID-19 dengan segera jika mereka mempunyai simptom.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Dr Noor Hisham berkata SMS atau panggilan daripada perkhidmatan rakaman suara automatik akan diterima jika mereka belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri secara harian. - Gambar fail
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.