awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kembali melonjak, 6,288 kes baharu dilaporkan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/11/2021
11:11 MYT
COVID-19: Kembali melonjak, 6,288 kes baharu dilaporkan
Kes positif COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila 6,288 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kes positif COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila 6,288 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda kepada 2,563,153.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga malam tadi, sebanyak 40 kematian akibat COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif korban sebanyak 29,769.
Pada 17 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,288 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,563,153 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/R8IPFjVl12
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 17, 2021
Bagaimanapun sebahagian besar kes hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.0 peratus atau bersamaan 6,163 kes.
Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 2.0 peratus iaitu sebanyak 125 kes.
Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini mencatatkan angka 1.04, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.15 diikuti Negeri Sembilan (1.06) dan Kuala Lumpur serta Selangor masing-masing 1.05.
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 536 kes dan daripada jumlah itu juga, 251 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,743 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,466,523.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan