awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula pintu sempadan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu 3,297, lima kematian dan 4,456 sembuh

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/02/2021
10:06 MYT
COVID-19: Kes baharu 3,297, lima kematian dan 4,456 sembuh
Negeri Perak merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 1,215 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Sebanyak 3,297 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 283,569.
Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga terus menunjukkan peningkatan dengan 4,456 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 249,209.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 33,304 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,056 kes.
Sementara itu, bagi penularan mengikut negeri, Perak merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes diikuti Selangor (868) dan Johor (431).
Setakat ini, sebanyak 209 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#KKM
#koronavirus
#kes baharu
#kes kematian
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan