PUTRAJAYA: Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan.
Pada ME48/2023, katanya pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula 1.1 peratus.
Dr Muhammad Radzi berkata hingga ME48/2023, 72.9 peratus daripada varian membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti dengan 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha.
"Hingga kini, tiada varian baharu dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang beredar secara tempatan lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, secara keseluruhan keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
"Peningkatan kes COVID-19 juga dilaporkan secara global termasuk di Malaysia dan di negara jiran. KKM akan terus memantau situasi dan varian COVID-19 dari semasa ke semasa serta sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku," katanya.
Beliau menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan langkah pencegahan antaranya mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi dan mengamalkan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan ) sekiranya bergejala.
Pesakit COVID-19 perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk terutama kepada kumpulan berisiko tinggi, manakala individu bergejala dinasihatkan berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai.
Sekiranya perlu ke tempat awam, individu bergejala dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan jangkitan dan kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung juga digalakkan memakai pelitup muka.
Bagi individu positif COVID-19 dan berisiko tinggi boleh mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan terdekat bagi mengurangkan risiko mendapat komplikasi jangkitan yang serius.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Dr Muhammad Radzi berkata hingga ME48/2023, 72.9 peratus daripada VOC yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti dengan 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha. - Gambar fail/Bernama
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.