awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes menurun bawah 3,000, 2,342 kes baharu

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2022
11:09 MYT
COVID-19: Kes menurun bawah 3,000, 2,342 kes baharu
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 2,810,689 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan penurunan kes harian COVID-19 di bawah 3,000 selepas 2,342 kes dilaporkan pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 2,810,689 kes.
"Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 98.5 peratus atau 2,308 kes adalah pesakit Kategori Satu dan Dua, manakala 34 kes atau 1.5 peratus melibatkan Kategori Tiga, Empat dan Lima.
"Sebanyak 184 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, sebanyak enam kluster baharu dikesan hari ini, dengan jumlah kluster aktif adalah sebanyak 177.
Setakat tengah malam tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 12 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,793 orang.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Covid-19 Malaysia
#COVID-19 global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan