awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kesesakan pusat pemindahan sementara banjir boleh tingkat risiko penularan penyakit - KKM

Bernama
Bernama
20/12/2020
12:50 MYT
COVID-19: Kesesakan pusat pemindahan sementara banjir boleh tingkat risiko penularan penyakit - KKM
Dalam situasi negara masih dilanda pandemik COVID-19, keadaan sesak seperti di PPS boleh meningkatkan risiko bagi penularan penyakit. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar sentiasa menjaga kesihatan kendiri, mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam situasi negara masih dilanda pandemik COVID-19, keadaan sesak seperti di PPS boleh meningkatkan risiko bagi penularan penyakit.
"Sehubungan itu, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu oleh semua mangsa banjir di PPS perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua agensi yang terlibat.
"Selain itu, mangsa banjir juga perlu memaklumkan kepada anggota kesihatan jika bergejala dan patuh kepada lain-lain arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan Klinik Kesihatan (KK) Rantau Panjang, Kelantan turut terjejas akibat banjir dan perkhidmatan berkaitan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi.
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#COVID-19
#risiko
#penularan penyakit
#kesesakan
#keadaan sesak
#berwaspada
#pelitup muka
#SOP
#kesihatan
#kendiri
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan