awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ketua masyarakat, kaum di Sarawak diarah lapor setiap aktiviti sosial

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
06/04/2021
11:04 MYT
COVID-19: Ketua masyarakat, kaum di Sarawak diarah lapor setiap aktiviti sosial
Pejabat daerah akan memberi bantuan serta nasihat sewajarnya buat penduduk yang ingin menganjurkan aktiviti sosial ketika tempoh pandemik ini. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUCHING: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) diarah melaporkan semua aktiviti sosial penduduk di kawasan mereka kepada pejabat daerah dalam usaha mengawal penularan COVID-19 di Sarawak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keputusan ini dibuat berikutan kes yang tinggi melibatkan aktiviti sosial.
"Semua ketua masyarakat dan ketua kaum hendaklah memantau dan melaporkan segala aktiviti majlis sosial seperti majlis perkahwinan, kematian dan sebagainya kepada pejabat daerah masing-masing.
"Pejabat daerah akan sedia membantu KMKK bagi menasihati dan mendapatkan bantuan dari agensi-agensi yang berkenaan untuk memastikan SOP yang sedia ada dipatuhi. Arahan ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam sidang media JPBN Sarawak di Kuching pada Selasa.
Ujarnya, penglibatan komuniti dari peringkat dasar memainkan peranan penting demi menjaga keselamatan awam dari penularan wabak COVID-19.
Pemimpin komuniti juga disaran untuk sentiasa berkongsi maklumat serta memberi nasihat yang sewajarnya kepada masyarakat terutama dalam isu pematuhan SOP, kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#JPBN Sarawak
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Pengerusi JPBN Sarawak
#KMKK
#Ketua masyarakat
#COVID-19
#pandemik
#ketua kaum
#lapor
#aktiviti sosial
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan