awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM sahkan penemuan 103 lagi kes varian Delta

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/09/2021
13:43 MYT
COVID-19: KKM sahkan penemuan 103 lagi kes varian Delta
Kesemua varian baharu berkenaan yang ditemui melibatkan tempoh antara 29 Ogos sehingga hari ini, kata Dr Noor Hisham. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 103 lagi kes varian yang membimbangkan (VOC) Delta di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenal pasti sebanyak 44 kes varian baharu virus COVID-19 dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenal pasti sebanyak 59 kes.
Pengesanan itu bagi tempoh 29 Ogos sehingga hari ini, katanya.
"(Selain itu) daripada jumlah yang dikesan itu, sebanyak 1,304 kes VOC, manakala 20 kes varian yang perlu diperhatikan (VOI).
"Sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
"Bagi VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya lagi, 24 kes daripada 103 varian Delta baharu yang dikesan melibatkan kes di Johor, Kedah, Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Varian Delta
#VOC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan