awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas

COVID-19: Kompleks Seri Iman, Terengganu tutup tiga hari susulan 11 kes positif

Bernama
Bernama
14/04/2021
03:56 MYT
COVID-19: Kompleks Seri Iman, Terengganu tutup tiga hari susulan 11 kes positif
Kompleks Seri Iman di Kuala Terengganu ditutup tiga hari bermula hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kompleks Seri Iman di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 di bangunan pusat pentadbiran tersebut.
Penutupan itu membabitkan enam premis pejabat di bangunan berkenaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata perintah penutupan premis itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembasmian kuman untuk mengawal penyakit berjangkit merebak.
"Ia berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Setakat ini, terdapat 177 kes aktif COVID-19 di seluruh Terengganu dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kesihatan
#Kuala Terengganu
#Nor Azimi Yunus
#pembasmian kuman
#Kompleks Seri Iman
#kes positif
#pusat pentadbiran
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.