KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM0 melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,781 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 6 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 40,785 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 33,214 individu atau 81.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,100 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,278 kes dirawat di hospital dan 193 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 90 lagi memerlukan mesin ventilator.