awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 8.58 juta dos vaksin diberi setakat semalam

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2021
03:33 MYT
COVID-19: Lebih 8.58 juta dos vaksin diberi setakat semalam
Penduduk tertua di Kampung Salang, Maulana Harun, 92 tahun, ceria setelah menerima suntikan vaksin daripada petugas Kementerian Kesihatan Daerah Rompin pada program Vaksinasi Masyarakat Pulau Tioman, 28 Jun, 2021. --fotoBERNAMA/Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 2 Julai adalah 236,196 dos.
Angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya iaitu 263,012 dos, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Baksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter hari ini.
Daripada jumlah itu, 167,059 adalah penerima dos pertama manakala 69,137 penerima dos kedua.
Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat ini sebanyak 8.58 juta sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.
Lebih 6.11 juta dos atau 18.7 peratus adalah bagi suntikan pertama manakala 2.46 juta dos atau 7.5 peratus untuk suntikan kedua.
Jumlah pemberian vaksin pada 2 Julai Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/zU8REXJ1f5
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 3, 2021
Perkembangan ini semakin menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.
Dalam pada itu, data yang dikongsikan turut menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal mencatat kadar penerima dos pertama tertinggi dengan 1.09 juta individu atau 61.7 peratus daripada populasinya.
Ia disusuli Sarawak (1.15 juta/40.9 peratus), Putrajaya (41,788/38 peratus), Labuan (35,534/35.7 peratus), Perlis (68,502/26.9 peratus), Pulau Pinang (314,791/17.7 peratus) dan Negeri Sembilan (197,285/17.5 peratus).
Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 2 Julai Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/YWS7HZxA2x
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 3, 2021
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Perlis
#Putrajaya
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#suntikan
#dos pertama
#dos kedua
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan