awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lima perkara penting kenyataan JPBNS hari ini

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
25/08/2020
09:38 MYT
COVID-19: Lima perkara penting kenyataan JPBNS hari ini
Dua kluster dilaporkan kekal aktif melibatkan kluster Mambong dan kluster Alam dengan 14 kes setakat ini. - Gambar fail
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan empat kluster COVID-19 di negeri itu ditamatkan.
Empat kluster tersebut adalah Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne dan Kluster Pasar Satok.
Keempat-empat kluster ini diisytiharkan tamat selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif terbaharu dalam tempoh 28 hari.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media JPBN Sarawak pada 25 Ogos 2020.
1) Dua kluster dilaporkan kekal aktif melibatkan kluster Mambong dan kluster Alam dengan 14 kes setakat ini.
2) Tiada pertambahan kes positif COVID-19 untuk hari ini dan jumlah kes positif setakat ini kekal 696 kes.
3) Jumlah kes positif yang pulih dan dibenarkan discaj kekal dengan 662 kes atau 95.11 peratus.
4) 15 kes masih menerima rawatan di wad isolasi melibatkan sembilan kes di Hospital Bintulu, empat kes di Hospital Umum Sarawak dan satu kes masing-masing di Hospital Sibu dan Hospital Miri.
5) 19 kes Person Under Investigation (PUI) baharu dilaporkan manakala dua kes PUI masih menunggu ujian makmal.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#COVID-19
#JPBNS
#kluster aktif
#kluster tamat
#Kuching
#Miri
#Sarawak
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan