KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 126 kematian akibat COVID-19 hari ini, yang merupakan rekod kematian tertinggi pernah dicatatkan sejak virus itu dikesan di Malaysia tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain itu, sebanyak 7,703 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 587,165 kes.

Katanya, Selangor kekal dengan negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701 kes) dan Sarawak (588 kes).


Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, dua kes import dikesan yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi 82,274 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengenai penularan mengikut negeri katanya, Selangor kekal dengan negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur 701 kes, dan Sarawak 588 kes.

Setakat ini, sebanyak 878 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh catat pertambahan sebanyak 5,777 kes dengan angka keseluruhan kes sembuh sebanyak 501,898 kes.