awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu, hanya 4 peratus kategori 4 dan 5

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2021
07:19 MYT
COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu, hanya 4 peratus kategori 4 dan 5
Dr Noor Hisham dalam laman Twitter beliau pada Khamis berkata, Selangor terus merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 6,120 kes baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini melonjak kepada 13,215 kes, selepas dua hari berturut-turut melepasi angka 11,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya berkata, bagaimanapun hanya empat peratus kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima dikesan dalam keseluruhan kes hari ini.
Beliau berkata, empat peratus itu mewakili 531 kes daripada keseluruhan 13,215 yang dikesan.
Today from a total 13,215 cases; category 1 with no symptoms 8047 (60.9%) and category 2 with mild symptoms 4637 (35.1%), Whereas those in category 3 with lung infection, category 4 with lung infection requiring oxygen and category 5 requiring ventilation, total to 531 patients
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 15, 2021
Katanya, Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 6,120 kes baharu.
Ia disusuli Negeri Sembilan dengan 1,603 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,499 kes.
Sehingga 15 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,215 kes (880,782 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,120 (307,094) WPKL - 1,499 (94,336) Johor - 599 (76,636) Sabah - 370 (73,506) Sarawak - 363 (70,228) Negeri Sembilan - 1,603 (57,359) pic.twitter.com/xMfN8mJXMm
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 15, 2021
Pulau Pinang - 509 (37,803) Kelantan - 255 (36,976) Kedah - 695 (30,695) Perak - 344 (30,115) Melaka - 484 (23,619) Pahang - 222 (17,405) Terengganu - 70 (12,251) WP Labuan - 26 (9,331) WP Putrajaya - 53 (2,814) Perlis - 3 (614)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 15, 2021
Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes aktif aktif ketika ini adalah 108,369 kes dengan kes yang dirawat di ICU adalah 885 dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat 110 kes kematian baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan jumlah kes kematian ketika ini adalah 6,613 kes.
Kes sembuh baharu yang direkodkan semula adalah 6,095 kes dengan kumulatif kes sembuh ketika ini adalah 765,800 kes.
Jumlah kluster yang dikesan setakat ini adalah 3,168 dan jumlah kluster baharu adalah 26.
Jumlah kluster yang telah tamat pemantauan 28 hari adalah 2,265 dan jumlah kluster aktif yang belum tamat sebanyak 8,730.
Status Terkini #COVID19, 15 Julai 2021 Kes sembuh= 6,095 Jumlah kes sembuh= 765,800 Kes baharu positif= 13,215 (13 import) Jumlah positif= 880,782 Kes kematian= 110 Jumlah kes kematian= 6,613 Kes dirawat di ICU= 885 Bantuan alat pernafasan= 432 pic.twitter.com/llnayJo7DF
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 15, 2021
Topic Berkaitan
#Twitter
#COVID-19
#jangkitan
#kes baharu
#tertinggi
#Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.