awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/05/2020
08:55 MYT
COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran
ISMAIL SABRI: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran. - Gambar fail
Kerajaan masih belum memutuskan sebarang keputusan bagi industri perfileman untuk menjalankan aktiviti penggambaran kerana bimbang faktor penjarakan sosial sukar dipatuhi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum aktiviti itu diberi pelepasan untuk beroperasi.
“Dari segi lakonan sewaktu penggambaran kes yang tiada penjarakan sosial mungkin akan berlaku dan penggambaran bukan melibatkan pelakon sahaja, penglibatan krew juga ramai jadi kita belum buat sebarang keputusan lagi.
“Kita faham mereka yang terlibat dengan industri tersebut terjejas akibat tidak mempunya pendapatan tetapi kerajaan perlu buat kajian menyeluruh termasuk perbincangan bersama KKM,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini, terdapat beberapa permohonan daripada pemain industri termasuk Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) agar mereka diberi pelepasan untuk menjalankan semula aktiviti penggambaran ekoran ramai yang hilang punca pendapatan akibat penularan COVID-19 di negara ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#drama
#FDAM
#filem
#FINAS
#ismail sabri yaakob
#KKM
#KKMM
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Persatuan Pengarah Filem Malaysia
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan