KUALA LUMPUR:MERCY Malaysia menggerakkan sukarelawannya di Sabah susulan penularan pandemik COVID-19 di negeri itu bagi membantu klinik kesihatan setempat.
Dalam satu kenyataannya MERCY Malaysia berkata pihaknya merancang untuk menjalankan 1,200 ujian COVID-19 di Lahad Datu serta menyediakan kit kebersihan dan pek makanan kepada komuniti yang terjejas dengan penularan pandemik itu.
"Kawasan yang paling terjejas adalah Tawau (759 kes), Semporna (309), Lahad Datu (295) dan Kunak (75) yang melibatkan 962,661 orang keseluruhannya dalam komuniti berkenaan.
"Pertarungan melawan COVID-19 masih belum selesai. Kami menggalakkan anda mengikut prosedur operasi standard - mencuci tangan, sentiasa jaga kebersihan, jaga jarak anda, pakai pelitup muka," menurut kenyataan itu.
BACA: COVID-19: Empat kluster baharu, ini lima tumpuan sidang media KP Kesihatan
MERCY Malaysia turut menasihatkan mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan yang terlibat, untuk kuarantin sendiri bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan mengelak penyebaran jangkitan ke tempat lain.
Mereka yang ingin memberi sokongan kepada rakyat Sabah boleh menyalurkan sumbangan kepada Dana Pandemik COVID-19 menerusi Dana Kemanusiaan MERCY: 5621 7950 4126 (Maybank) atau MERCY Malaysia: 8000 7929 08 (CIMB) atau melalui www.mercy.org.my.
Semua sumbangan kepada MERCY Malaysia diberikan pengecualian cukai pendapatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020

Semua sumbangan kepada MERCY Malaysia diberikan pengecualian cukai pendapatan. - Gambar fail/MERCY Malaysia

COVID-19: Kes baharu dan sembuh paling tinggi, ini lima tumpuan hari ini
Bagaimanapun, perkembangan positif dilaporkan hari ini selepas kes sembuh melepasi angka kes baharu iaitu sebanyak 4,313 kes.

Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.

504 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
504 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mayat lelaki dijumpai hanyut berhampiran laluan sungai di Pantai Dalam
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari Sabtu.

Bekalan vaksin COVID-19 AstraZeneca ke EU dikurangkan
Bekalan dos vaksin syarikat itu ke EU dikurangkan sebanyak 60 peratus, daripada 80 juta kepada 31 juta dos pada suku pertama 2021.

GST boleh dilaksanakan semula jika ekonomi negara meningkat - Anwar
GST boleh dilaksanakan semula di Malaysia namun hanya ketika ekonomi lebih meyakinkan dan pendapatan rakyat meningkat.

Sarawak catat dua lagi kematian akibat COVID-19
Sarawak secara keseluruhannya pada hari ini melaporkan 193 kes baharu COVID-19 dengan pertukaran status buat dua daerah iaitu Bintulu dan Bau.

Derma darah | Jangan takut, jalankan tanggungjawab
Takut… Itu stigma yang sering dikaitkan dengan menderma darah. Malah, realitinya itu mungkin perkara pertama yang berlegar di fikiran setiap kali kita mahu menderma darah. Dek kerana rasa takut yang menebal, hasrat untuk menjalankan tanggungjawab sosial itu mungkin terpaksa ditangguhkan. Namun, sedarkah kita bahawa nilai setitik darah itu cukup besar bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Bekalan darah negara | Hanya mampu tampung keperluan lima hari
Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) ketika ini semakin berkurangan dan hanya mampu menampung purata keperluan kegunaan selama lima hari. Menurut Pakar Perubatan Transfusi PDN, Dr Thane Moze Darumalinggam, PDN memerlukan sekurang-kurangnya 500 hingga 600 beg darah sehari. Ikuti laporan yang disediakan wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad.

Nekmat Qfish | Nekmat akan pastikan bekalan ikan mencukupi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sentiasa memastikan bekalan ikan dan hasil tangkapan laut mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Pengerusi Nekmat, Abdul Hamid Bahari berkata, pihaknya memastikan stok bekalan ikan untuk sepanjang tempoh PKP sehingga Tahun Baru Cina.

COVID-19: MERCY Malaysia sedia lakukan intervensi secara optimum di Sabah
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap siaga bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu frontliners di hospital

COVID-19: MERCY Malaysia gerakkan sukarelawan di Sabah
MERCY Malaysia menggerakkan sukarelawannya di Sabah susulan penularan pandemik COVID-19 di negeri itu bagi membantu klinik kesihatan setempat.

32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.

Lebih 100 sukarelawan jayakan pendakian amal
Lebih 100 sukarelawan berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama lebih enam jam bagi menyerahkan barangan keperluan, kepada para pelajar SK Longkogungan, sebuah sekolah pedalaman.

Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah
Satu sistem perlu diwujudkan bagi mengkoordinasi serta meletakkan satu tanda aras dalam menambah baik CSO.

COVID-19: MERCY Malaysia belanja RM4.9 juta hasilkan PPE buat petugas barisan hadapan
MERCY Malaysia membelanjakan RM4.9 juta bagi menambah bekalan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan, khususnya kakitangan hospital dan klinik yang sedang berusaha membendung penularan COVID-19.

PKP: Lebih 1,000 panggilan diterima, Mercy Malaysia peduli kesihatan mental rakyat
Menurut Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid, purata panggilan diterima setiap hari mula meningkat ketika PKP fasa kedua dijalankan.

PKP: Sokongan emosi berdepan ketidaktentuan, ini senarai talian psikososial
Astro AWANI senaraikan talian psikososial secara dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan sokongan khidmat psikososial.

COVID-19: Mercy Malaysia hantar bantuan peralatan perubatan ke Sabah
Mercy Malaysia hari ini menghantar bantuan peralatan kesihatan dan perubatan untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Sabah, khususnya kakitangan hospital dan klinik.

COVID-19: MERCY Malaysia tumpukan 60 peratus operasi bantu KKM
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Faizal Mohd Perdaus berkata pihaknya bukan sahaja melihat kepada matlamat untuk menghulurkan bantuan, malah bersiap siaga bekerjasama dengan KKM mengikut kesesuaian.