awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 meruncing: Tangani segera masalah pelantikan doktor kontrak - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/07/2021
13:20 MYT
COVID-19 meruncing: Tangani segera masalah pelantikan doktor kontrak - Pakar
Apakah kita mahu jimat RM2 bilion satu tahun dibandingkan dengan nyawa manusia yang kita terpaksa hadapi sekarang, soal Dr Mohamed Aljunid. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Masalah pelantikan doktor kontrak perlu ditangani segera seiring usaha meningkatkan jumlah tenaga kerja berkepakaran.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata penyelesaian jangka masa panjang diperlukan dalam menangani masalah sumber manusia yang mendepani Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.
"Dilaporkan bahawa kerajaan perlu RM2 bilion setahun sekiranya ingin menyerap doktor-doktor kontrak, doktor muda, bertenaga dan berkelayakan ini.
"Jumlah ini tidak sampai 10 peratus daripada bajet keseluruhan KKM.
"Apakah kita mahu jimat RM2 bilion satu tahun dibandingkan dengan nyawa manusia yang kita terpaksa hadapi sekarang," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini pada Selasa.
BACA: MMA harap penyelesaian jangka panjang isu pegawai kesihatan kontrak
Justeru, beliau menggesa Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah mengambil langkah positif supaya menangani isu tersebut.
Situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 negara
Beliau percaya, doktor berstatus kontrak tidak akan dapat bekerja dengan moral yang baik sekiranya mereka tidak diberikan suasana yang sempurna.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memaklumkan bahawa mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, terdapat beberapa aspek yang perlu diperincikan supaya satu keputusan yang munasabah dapat dicapai.
Topic Berkaitan
#Doktor Kontrak
#kabinet
#KKM
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid
#Pakar Perubatan Kesihatan Awam
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan