awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai R-naught turun 1.12, Kelantan masih tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2021
20:46 MYT
COVID-19: Nilai R-naught turun 1.12, Kelantan masih tertinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia pada Sabtu melaporkan 2,717 kes baharu COVID-19 dikesan.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di Malaysia, terus mencatat penurunan untuk dua hari berturut-turut.
Angka itu menurun kepada 1.12 pada Sabtu berbanding 1.13 hari sebelumnya.
Bagaimanapun, Kelantan masih merekodkan nilai tertinggi pada 1.40.
Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan Rt tinggi melebihi angka 1.0 termasuk Kuala Lumpur (1.24), Melaka (1.18), Negeri Sembilan (1.15), Selangor (1.14) dan Sarawak (1.13).
Kadar kebolehjangkitan yang tinggi turut direkod di Pahang (1.13), Johor (1.10), Sabah (1.06), Kedah (1.05), Terengganu (1.05), Putrajaya (1.05).
Sementara itu, Perak (0.98) dan Pulau Pinang (0.95) mencatatkan kadar Rt di bawah angka 1.0 manakala Perlis dan Labuan masing-masing mencatatkan satu dan sifar kes baharu COVID-19.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari lalu ialah 0.81 pada 3 Mac.
Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu melaporkan 2,717 kes baharu COVID-19 dikesan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#R-Naught
#kadar kebolehjangkitan
#kebolehjangkitan
#KKM
#kes positif
#PKP
#Kementerian Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#kesihatan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan