awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pelancong perubatan antara pesakit baharu di Thailand

Bernama
Bernama
24/08/2020
11:37 MYT
COVID-19: Pelancong perubatan antara pesakit baharu di Thailand
Sehingga kini, sebanyak 166 warga asing termasuk 76 penjaga telah memasuki Thailand sejak 1 Julai. - Reuters
Seorang pelancong perubatan dari Qatar adalah seorang daripada dua pesakit baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya sebanyak 3,397 kes sehingga kini.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Tanarak Pipat berkata lelaki Qatar berusia 71 tahun itu tiba pada 22 Ogos untuk meneruskan rawatan kanser di Bangkok.
"Dia diuji positif COVID-19 dalam ujian pertama ketika menjalani kuarantin wajib di kemudahan kuarantin hospital alternatif.
"Dia ditemani oleh dua anak lelakinya. Kedua-duanya diuji negatif dan menjalani kuarantin 14 hari," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Seorang lagi pesakit yang diuji positif COVID-19 membabitkan pelajar lelaki Thai berusia 25 tahun yang pulang dari India.
Setakat ini, Thailand melaporkan 3,397 kes COVID-19 dengan 58 kematian. Sebanyak 953 kes adalah kes import.
Thailand merekodkan sifar penularan tempatan selama tiga bulan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan Tares Krassanairawowong berkata 423 pesakit dan 250 penjaga mereka telah mendaftar untuk memasuki negara ini di bawah program perubatan dan kesihatan.
Sehingga kini, beliau berkata sebanyak 166 warga asing termasuk 76 penjaga telah memasuki Thailand sejak 1 Julai.
"Terdapat 98 hospital dan 26 klinik menyediakan program perubatan dan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#COVID-19
#jangkitan
#kes baharu
#pandemik
#pelancong perubatan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan