awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengawal keselamatan 3 Damansara pula disah positif

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/10/2020
16:31 MYT
COVID-19: Pengawal keselamatan 3 Damansara pula disah positif
Pengurusan premis berkenaan memberitahu, pekerja tersebut tidak bertugas sejak 9 Oktober selepas rakan serumahnya disahkan positif virus itu. - Instagram 3 Damansara
KUALA LUMPUR:Pusat beli belah 3 Damansara memaklumkan seorang daripada pengawal keselamatannya yang bertugas di bahagian pusat arahan bomba positif COVID-19 pada Ahad.
Pengurusan premis berkenaan memberitahu, pekerja tersebut tidak bertugas sejak 9 Oktober lalu selepas rakan serumahnya disahkan positif virus itu.
“Kami telah segera melakukan kerja-kerja pembasmian dan menyah kuman kawasan-kawasan yang pernah dikunjungi oleh pekerja itu.
“Kami juga telah meningkatkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dengan lebih kerap di kawasan umum terutama di blok pusat beli belah dan pejabat," jelas kenyataan itu pada Ahad.
View this post on Instagram
A post shared by 3 Damansara (@3damansara) on
Oct 11, 2020 at 8:36am PDT
Sementara itu, pusat beli belah tersebut mengesahkan pekerja lain yang mungkin melakukan kontak rapat dengan pesakit tersebut sudah diuji negatif virus berkenaan.
BACA: COVID-19: Staf positif, Bangsar Shopping Centre pula ditutup sementara
BACA: COVID-19: Kedai di Mid Valley dan The Gardens pula ditutup selepas staf didapati positif
Bagaimanapun, kesemua pekerja itu akan menjalani ujian saringan kali kedua bagi memastikan kesihatan mereka terjamin sebelum dibenarkan kembali bekerja.
Pihak pengurusan 3 Damansara juga tidak akan menutup premis tersebut dan hanya akan memperincikan kerja-kerja pembersihan sebaik tamat waktu operasi beli belah itu pada Ahad.
Topic Berkaitan
#ujian saringan
#3 Damansara
#pusat beli-belah
#Pegawai Keselamatan
#kakitangan positif COVID-19
#operasi
#keselamatan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan