awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengusaha teksi sapu cetus kluster baharu dengan 44 kes

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
15/07/2021
16:10 MYT
COVID-19: Pengusaha teksi sapu cetus kluster baharu dengan 44 kes
Pengusaha teksi sapu berusia 68 tahun itu dikesan positif COVID-19 di Hospital Beaufort pada 3 Julai. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Pengusaha teksi sapu di Beaufort menjadi pencetus kluster COVID-19 baharu iaitu Kluster Kota Klias dengan mencatat jangkitan 44 kes sehingga kini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pengusaha berusia 68 tahun itu dikesan positif COVID-19 di Hospital Beaufort pada 3 Julai ketika ujian saringan masuk wad setelah mengalami gejala demam serta batuk sejak 1 Julai.
"Kluster ini melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang majoritinya adalah ahli keluarga dan pelanggan teksi sapu kes indeks di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.
"Daripada 71 kontak yang disaring, sebanyak 60.5 peratus didapati positif dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat kes baharu pada hari ini," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 370 kes baharu COVID-19 direkod di Sabah pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif 73,506 kes dan sebanyak 230 pesakit COVID-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Kluster baharu
#teksi
#pengusaha teksi
#Kluster Kota Klias
#Beaufort
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan