KUALA LUMPUR:Peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri-negeri di Lembah Klang sejak kebelakangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kes berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Ini berikutan ketiga-tiga negeri (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya) adalah pusat tumpuan warga pekerja. Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata daripada 162 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja, termasuk empat kluster baharu yang diumumkan hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru pihak majikan memainkan peranan lebih besar untuk bersama menangani penularan COVID-19 dalam negara.
"Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit dalam kalangan pekerja, misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri, dan juga persekitaran di tempat tinggal, serta tempat kerja. Isu penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani," katanya.
Bernama
Tue Nov 17 2020
Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru pihak majikan memainkan peranan lebih besar untuk bersama menangani penularan COVID-19 dalam negara. -Gambar fail
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Aliran trafik dari Pantai Timur ke Lembah Klang sesak, utara dan selatan terkawal
Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.
Aliran trafik ke Lembah Klang sesak di semua lebuh raya utama
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam tadi susulan warga kota pulang dari kampung halaman.
Gempur lubuk PATI di kampung
Penduduk Lembah Klang masih kurang puas hati dengan hasil serbuan penguat kuasa kerana didakwa belum dilakukan secara menyeluruh.
Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya
Pengguna terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat pada 10 Oktober diminta membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan air secukupnya.
Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini
Aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas.
Perkhidmatan bas di Lembah Klang akan diintegrasikan - Loke
Kementerian Pengangkutan akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang supaya pengangkutan awam itu lebih berintegrasi pada masa depan.
Tarif air di Selangor tidak naik - Amirudin
Kerajaan Selangor tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini.
Kelewatan komuter Lembah Klang bersifat sementara, bukan kurang popular - Anthony Loke
Loke berkata masalah itu akan dapat diselesaikan sebaik sahaja projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 (KVDT1) siap sepenuhnya.
Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang terjejas akibat banjir
Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata situasi sekitar ibu negara masih dalam keadaan terkawal meskipun hujan lebat pada awal pagi tadi.
Beberapa kawasan di Shah Alam dan Lembah Klang dilanda banjir kilat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan empat negeri bermula Isnin sehingga 11 November.