MALAYSIA
COVID-19: Perincian lapan kluster baharu yang dikenal pasti hari ini
KUALA LUMPUR: Perincian lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini;
1. Kluster Putai
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah empangan yang terletak di Putai, Kapit.
2. Kluster Ladang Paris Dua
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-382584) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
3. Kluster Jalan Melaka Raya
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381719) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
4. Kluster Jalan Bukit Naga
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375243) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
5. Kluster Jalan Kuala Garing
Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388181) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
6. Kluster Halban Dua
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Mukim Padang Halban, Melor, Kota Bharu.
7. Kluster Pagar Sri Lalang
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385647) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan sebelum masuk ke pusat tahanan.
8. Kluster Rayang
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Kampung Rayang, Serian.
Sehingga 25 April 2021, sejumlah 1,305 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami