awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala ASEAN 2026 medium perkasa skuad Harimau Malaya - Cklamovski
TMM 2026 pacu perubahan strategik industri perhotelan negara
Malaysia kekal destinasi pelaburan terbaik di rantau ini - ABAC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pertimbang kelonggaran di kawasan hijau, kembali rancakkan ekonomi - Mustapa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/04/2020
08:34 MYT
COVID-19: Pertimbang kelonggaran di kawasan hijau, kembali rancakkan ekonomi - Mustapa
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sedikit kelonggaran mampu merancakkan kembali ekonomi di sesuatu kawasan. - Foto BERNAMA
Kerajaan sedang mempertimbangkan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai zon hijau.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sedikit kelonggaran mampu merancakkan kembali ekonomi di sesuatu kawasan.
Namun, katanya ia masih tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan.
“Perlis sebagai contoh adalah negeri (zon) hijau apabila tiada kes dilaporkan dalam beberapa hari ini.
“Jadi kerajaan ada fikirkan supaya kita lihat kepada kemungkinan untuk memberi kelonggaran kepada pergerakan di kawasan hijau, sama ada di daerah atau lokaliti hijau.
“Kini pihak berkuasa sedang mengzonkan kawasan bukan sahaja peringkat daerah tetapi di peringkat lokaliti dalam sesebuah daerah,” katanya pada sesi diskusi dalam talian yang dianjurkan IDEAS Malaysia.
BACA: Perubahan ketara situasi global, RMK-12 perlu disusun semula - Mustapa
Sesi yang berlangsung selama lebih satu jam itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Ali Salman.
Pada Fasa Ketiga PKP, Kerajaan memutuskan untuk memberi kelonggaran dan kebenaran kepada beberapa industri untuk kembali beroperasi secara bersyarat.
Kini, Kerajaan turut memberi sedikit kelonggaran kepada mereka yang berada di kampung untuk pulang ke bandar, selain penuntut di universiti untuk kembali ke kediaman masing-masing.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#ekonomi rakyat
#Hal Ehwal Ekonomi
#IDEAS Malaysia
#Mustapa Mohamed
#perintah kawalan pergerakan
#perniagaan musim PKP
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan