awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Platform 'kitajaga' dekati masyarakat memerlukan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/08/2021
07:45 MYT
COVID-19: Platform 'kitajaga' dekati masyarakat memerlukan
Atas keprihatinan, syarikat pembangunan dan teknologi digital, Terato Tech terus membantu mereka yang terjejas melalui inisiatif kitajaga.co. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan berikutan kesan ekonomi daripada pandemik COVID-19.
Atas keprihatinan, syarikat pembangunan dan teknologi digital, Terato Tech terus membantu mereka yang terjejas melalui inisiatif kitajaga.co.
Orang ramai boleh melayari laman web KitaJaga untuk mendapatkan bantuan mahupun menghulurkan bantuan.
Teknologi yang disediakan memudahkan orang ramai untuk mengaktifkan perkhidmatan lokasi melalui maklumat global positioning system (GPS).
Mereka yang mahu dibantu hanya perlu klik di butang aplikasi "Saya perlu bantuan" dan mereka yang berhasrat untuk membantu boleh menekan butang aplikasi "Saya ingin bantu".
Inisiatif ini juga diwujudkan bagi mengelakkan kerenah birokrasi dan mengatasi proses tradisional dalam menyampaikan bantuan.
Ketika ini, Terato Tech juga banyak menerima permintaan mereka yang berminat untuk melakukan sumbangan.
Terato Tech juga percaya lebih banyak masalah boleh diselesaikan melalui kerjasama komuniti dengan hanya menggunakan teknologi, data dan kod disediakan.
Astro AWANI membawakan laman kitajaga di platform Digital dengan kerjasama Terato Tech sebagai tanda solidariti bersama masyarakat Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19. Platform 'kitajaga' dekati masyarakat memerlukan
Platform 'kitajaga' dekati masyarakat memerlukan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#Malaysia
#pandemik
#rakyat Malaysia
#kitajaga
#Terato Tech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan