Susulan pengumuman insentif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) semalam, kerajaan telah mengesan beberapa cubaan untuk menipu rakyat, terutamanya berhubung pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 393 kertas siasatan, termasuk kes berhubung penipuan penjualan dalam talian.
“Oleh kerana banyak insentif (dalam pengumuman PRIHATIN), ramai cuba mengambil kesempatan untuk menipu rakyat kita dan sebagainya. Kes scammer begitu banyak sekali...misalnya sejak PKP dilaksanakan sehingga 25 Mac, PDRM telah membuka 393 kertas siasatan penjualan palsu dalam talian.
“Bila kerajaan umum boleh dilakukan pengeluaran untuk KWSP, scammers mengambil kesempatan untuk membuat penipuan dengan mengeluarkan tawaran melalui media sosial dan sebagainya, yang meminta mereka yang ingin keluarkan wang mereka dengan memberi nombor kad pengenalan, malah nombor akaun bank,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ismail, yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau mengharapkan agar rakyat lebih berhati-hati agak tidak terjebak atau terpedaya dengan kegiatan penipuan seperti itu.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau berharap agar rakyat mengikut prosedur yang betul seperti mendapatkan maklumat yang tepat dari KWSP, atau merujuk kepada sumber yang sahih mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri kurang pasti.
Firdaus Azil
Sat Mar 28 2020
Oleh kerana banyak insentif dalam pengumuman PRIHATIN semalam, ramai cuba mengambil kesempatan untuk menipu rakyat - Ismail Sabri. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.