awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Program Jom Masuk IPT dibatalkan

Bernama
Bernama
12/03/2020
22:34 MYT
COVID-19: Program Jom Masuk IPT dibatalkan
Semua program Jom Masuk IPT dibatalkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan
Semua program Jom Masuk IPT 2020 yang akan diadakan di Perak, Terengganu, Sarawak dan Selangor dibatalkan berikutan kebimbangan penularan COVID-19.
Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Wahi Nordin berkata keputusan itu dibuat kerana mengambil kira keselamatan pegawai kerajaan dan masyarakat umum.
"Ini selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan iaitu semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (perhimpunan massa) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Program Jom Masuk IPT 2020 yang bermula bulan lalu hingga bulan ini, melibatkan lapan lokasi di seluruh negara, bertujuan untuk mempromosi dan menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan di dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID 19
#IPT
#ipta
#jangkitan
#Jom Masuk IPT
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pengajian Tinggi
#kesihatan
#pendidikan
#penularan
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan