KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini diingatkan supaya sentiasa berwaspada bagi membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19 semasa musim perayaan Aidilfitri ini.
Berdasarkan portal rasmi KKMNOW, setakat 8 April lepas, negara mencatatkan sejumlah 7,643 kes baharu dalam tempoh 14 hari melibatkan beberapa negeri dengan Selangor antara yang merekodkan kes tertinggi iaitu 2,283 diikuti Kuala Lumpur (1,609) dan Melaka (865).
Mengambil kira situasi semasa COVID-19 itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, masyarakat masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga berikutan jumlah kes dijangka meningkat khususnya menjelang Syawal.
Dr Zainal Ariffin yang juga Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia berkata, masyarakat harus waspada dengan virus COVID-19 terutamanya varian baharu XBB yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian.
"Langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mengelakkan tempat sesak, mengambil ujian COVID-19 dan menjadualkan kuarantin kendiri jika didapati positif perlu dipraktikkan oleh orang ramai," katanya kepada Bernama.
Beliau turut menasihati mereka yang berisiko supaya melengkapkan suntikan vaksin seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Kes aktif COVID-19 yang direkodkan KKM sehingga kini adalah sebanyak 13,283 kes dengan 96.2 peratus daripadanya merupakan kes yang dibenarkan kuarantin di rumah manakala selebihnya menerima rawatan di hospital berdekatan.
Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati ketika menyediakan makanan menjelang musim perayaan ini bagi mengelakkan sebarang risiko keracunan makanan.
Menurutnya, masyarakat juga perlu mengelakkan pengambilan karbohidrat yang tidak diperlukan seperti pengambilan minuman bergula berlebihan atau makanan yang kaya karbohidrat kerana ia kurang baik untuk kesihatan.
"Ambil makanan seimbang serta elakkan pengambilan garam atau lemak berlebihan dan janganlah kita perolok-olokkan pula mereka yang cuba mengamalkan pemakanan sihat.
"Pastikan jumlah air yang diperlukan tubuh badan mencukupi serta dapatkan rehat dan tidur yang cukup, terutama bagi mereka yang memerlukan pemanduan jarak jauh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Dr Zainal Ariffin berkata masyarakat harus waspada dengan virus COVID-19 terutamanya varian baharu XBB yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kematian. - Gambar fail/ Bernama
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.