awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Pegawai polis sedar daripada koma selepas serangan Bondi Beach
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: RM100.7 juta untuk pacu ekonomi Selangor melalui digitalisasi - Amirudin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/04/2020
08:43 MYT
COVID-19: RM100.7 juta untuk pacu ekonomi Selangor melalui digitalisasi - Amirudin
Amirudin berkata, situasi sedia ada mendorong kerajaan negeri untuk menerapkan digitalisasi sebagai fulkrum pentadbiran negeri itu. Gambar fail.
Sebanyak RM100.7 juta akan diperuntukan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0, khusus untuk memacu ekonomi negeri itu melalui digitalisasi selepas ia terjejas akibat COVID-19.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, situasi sedia ada mendorong kerajaan negeri untuk menerapkan digitalisasi sebagai fulkrum atau aspek pengimbang pentadbiran negeri itu.
“Melalui usaha baharu E-learning, Selangor Advance dan Inisiatif Digital Selangor Grab, Selangor mempunyai iltizam untuk ‘stay ahead of the game’ dengan memacu ekonomi negeri melalui digitalisasi.
“Ia bagi memastikan ekonomi negeri dapat mencipta peluang pekerjaan baharu serta menjaga pekerjaan yang sedia ada. Bagi usaha-usaha ini, sejumlah RM100.7 juta diperuntukan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM87.71 juta untuk urusan berkaitan cukai tanah.
“Sebagai usaha memudahcara urusan pembayaran cukai tanah, tempoh bayaran cukai tanah dan cukai petak dilanjutkan sehingga 31 Julai 2020. Tempoh bayaran premium dilanjutkan selama satu bulan bagi tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya lagi.
Selain itu, Amirudin berkata, peruntukan khas kali kedua kepada Ahli Dewan Negeri sebanyak RM30 ribu akan disalurkan.
Beliau berkata, ahli-ahli majlis, Ketua Kampung Tradisi, Pengerusi MPKK Kampung Baru dan Ketua Komuniti akan menerima peruntukan khas dari PBT masing-masing kecuali Majlis Daerah Sabak Bernam, dengan jumlah keseluruhan RM6.91 juta.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Amirudin Shari
#COVID-19
#cukai
#digitalisasi
#ekonomi
#kerajaan
#Menteri Besar Selangor
#Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan