awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih – PM Anwar
Permintaan tiket Piala Dunia 2026 pecah rekod
Siklon tropika menuju Australia Barat dinaik taraf ke Kategori 4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: R-naught negara turun kepada 0.96, Sarawak kekal tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2021
22:02 MYT
COVID-19: R-naught negara turun kepada 0.96, Sarawak kekal tertinggi
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia turun 0.02 kepada 0.96, berbanding 0.98 hari sebelumnya.
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak kekal merekodkan kadar tertinggi dengan 1.11, diikuti Terengganu, Johor, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
Sementara itu, Sabah, Melaka, Kedah, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan tiga kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#R-Naught
#kadar kebolehjangkitan
#purata kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan