awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu kes baharu Kluster Tawar, dua Kluster Sala

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/08/2020
10:10 MYT
COVID-19: Satu kes baharu Kluster Tawar, dua Kluster Sala
Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan daripada tiga kes penularan tempatan itu, satu kes direkodkan dalam Kluster Tawar, manakala dua lagi Kluster Sala.
Tujuh kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan empat kes import dan tiga penularan tempatan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada tiga kes penularan tempatan itu, satu kes direkodkan dalam Kluster Tawar, manakala dua lagi Kluster Sala.
Kluster Tawar
Satu kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 47 kes.
Sehingga kini, seramai 1,490 orang telah disaring.
Berikut adalah senarai saringan mengikut negeri;
i. Kedah (1,195 disaring): • 40 kes dikesan positif COVID-19. • 858 individu negatif. • 297 individu masih menunggu keputusan.
ii. Pulau Pinang (286 disaring): • Tujuh kes dikesan positif COVID-19. • 216 individu negatif. • 63 individu masih menunggu keputusan.
iii. Perak (9 disaring): • Sembilan individu negatif.
Kluster Sala
Dua kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sebanyak lapan kes.
Setakat ini, 635 orang telah disaring.
Berikut adalah senarai saringan mengikut negeri;
i. Kedah (629 disaring): • Lapan kes dikesan positif COVID-19. • 479 individu negatif. • 142 individu masih menunggu keputusan.
ii. Pulau Pinang (enam disaring): • Tiada kes dikesan positif COVID-19. • Empat individu negatif. • Dua individu masih menunggu keputusan.
Dr Noor Hisham berkata, pengesanan secara aktif dan saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster ini masih diteruskan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kedah
#kes positif
#Kluster Sala
#Kluster Tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan